~Because every bride is special...


Car decoration usually will be the last thing in the bride and groom's wedding list. But actually it plays significant role during the wedding...Because every bride is special in their own way, a beautiful decoration carriage will lift up the specialty in your wedding...That's why we are specialised in wedding's car decoration..

Saturday, December 11, 2010

Last minute planning

Semalam LittleAngel menerima satu panggilan telefon dari seorang customer ni. Lebih kurang dalam pukul 7.30 pm macam tu..Customer tu macam kelam kabut jer, dye kata untuk kakak dye.Tak sempat LittleAngel nak mencelah and explain betul2..
Customer tu tanya soalan yang biasa lah..berapa harga..patern macam mana dll..
Then LittleAngel tanya pada customer tu, nak pakai bila...To my shocking, dye jawab malam ni sebab esok kenduri..
Soalannya, bukan tak boleh tapi biasanya kami memerlukan sedikit masa untuk menyediakan stok kerana dekorasi kami adalah customade. Dalam situasi begini, mungkin stok yang ada tak menepati kehendak pengantin.
Sebagai panduan kepada para pelanggan yang dihormati, tempoh tempahan (booking) adalah seperti berikut:

 1) Dekorasi riben/bunga ~ sekurang-kurangnya dua hari sebelum
 2) Teddy bear ~ sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum (kalau last minit tertakluk kepada stok sedia ada)

LittleAngel sedia maklum, pengantin jarang menitikberatkan dekorasi kereta persandingan..
So, apa kata kepada bakal-bakal pengantin di luar sana, jangan lupa masukkan dekorasi kereta ke dalam list anda ~ bagi memastikan kehadiran anda pada hari bersejarah nanti dalam penuh gaya dan kelainan..

No comments:

Post a Comment